Kemas Kini Terbaru Windows 10 Versi 20H2 Akhirnya Ditawarkan Kepada Semua Pengguna

Microsoft telah melepaskan kemas kini terbaru kepada para pengguna sistem komputer Windows 10 dengan menawarkan versi Windows 10 20H2.

Windows 10 versi 20H2 adalah kemas kini major yang ditawarkan sejak bulan Jun lagi kepada pengguna yang berdaftar dengan Windows Insider Program.  Kini selepas 4 bulan, Microsoft hari ini akhirnya menawarkan kemas kini tersebut kepada semua pengguna mereka.

Windows 10 version 20H2 juga dikenali sebagai 'Windows 10 October 2020 Update'.

"In June, we announced Windows 10, version 20H2... We have continued to make improvements based on the feedback received through these programs and I am pleased to announce that we are beginning the availability of the October 2020 Update" Microsoft.

Antara ciri-ciri utama yang diperkenalkan dalam versi terbaru Windows 10 ini termasuklah perubahan pada rekaan Menu Start, pelayar Microsoft Edge secara automatik menjadi pelayar rasmi untuk pengguna Windows 10 dan penambahbaikan pada fungsi kekunci Alt + Tab.



Kemas kini 'Windows 10 October 2020 Update' ditawarkan kepada pengguna yang menggunakan Windows 10 version 1903 dan terbaru.

Untuk info lanjut cara bagi mendapatkan kemas kini terbaru ini, anda boleh layari laman rasmi Microsoft Windows Community.

Berkaitan