Pengguna berdepan isu Blue Screen of Death dan lain-lain.
Pengguna Windows 10 baru sahaja menerima kemas kini terbaru dari Microsoft bagi memperbetulkan isu carian menerusi File Explorer.
Kemas kini tersebut dilepaskan hanya selepas lebih 2 bulan pengguna Windwos 10 berdepan dengan isu tersebut.
Ketika melepaskan kemas kini tersebut, pihak Microsoft tidak pula memaklumkan sebarang isu yang mungkin akan dihadapi pengguna jika mereka memasang kemas kini tersebut ke dalam komputer mereka.
Walaubagaimanapun, kini sebahagian pengguna Windows 10 mula mengadukan beberapa isu yang dihadapi mereka selepas memasang kemas kini tersebut.
Pengguna Windows 10 (1903 dan 1909) mendakwa, mereka berdepan isu-su seperti tiada audio, tiada sebarang imej dipaparkan, sambungan tanpa wayar Bluetooth tidak berfungsi, sistem aktif dengan sangat perlahan dan banyak lagi.
Malah lebih teruk lagi ada yang mendakwa mereka berdepan dengan isu Blue Screen of Death (BSOD). Bermakna sistem komputer mereka langsung tergantung sepenuhnya.
Jadi, jika anda adalah antara pengguna yang berdepan dengan isu pada Windows 10 selepas memasang kemas kini Windows 10 KB4532695, penyelesaian kepada isu ini adalah membuang kemas kini tersebut dari komputer anda.
Sehingga kini, belum ada sebarang respon dari pihak Microsoft terhadap aduan yang diterima mereka.
Jadi membuang kemas kini itu adalah satu-satunya cara yang dapat menyelesaikan masalah Windows 10 anda buat masa ini.
Sumber: TechRadar
Berkaitan
- Kaji Selidik Mendapati Hampir 50% Pengguna Windows Tidak Menyukai Rupa Baru Yang Diperkenalkan Pada Windows 11
- Anda Kini Boleh Mencuba Sendiri Windows 11 Terus Dari Aplikasi Pelayar
- Kuala Lumpur Disenarai Antara 100 Bandar Pintar Terbaik 2024
- Xiaomi Memberhentikan Pengeluaran Redmi Note 10 Untuk Pasaran Indonesia
- Microsoft Menarik Keluar Kemas Kini Keselamatan Windows 10 KB4524244
- Pencuri Larikan Kabel TM Sepanjang 44.2 Meter Sejauh 100km
- Microsoft Sahkan, Windows 11 Pasang Aplikasi HP Smart Tanpa Kebenaran Dan Namakan Semula Pencetak
- MEASAT Bakal Lancarkan Satelit Baru, Akan Tingkatkan Kelajuan Internet Sehingga 100Mbps Di Kawasan Luar Bandar
- Xiaomi Mi 10 Ultra Menguasai Carta Antutu Bagi Bulan Ogos
- Google Play Kini Guna Logo Baru, Rai Ulang Tahun Ke-10