Kemas Kini Terbaru Untuk Pengguna Adobe Creative Cloud Versi Windows

Pepijat dalam aplikasi tersebut boleh menyebabkan penggodam memadam fail-fail penggunanya.


Beberapa hari lalu, pihak Adobe telah melepaskan kemas kini terbaru kepada para pengguna aplikasi Adobe Creative Cloud bagi platfom Windows.

Kemas kini tersebut dikategorikan sebagai kritikal kerana didapati pepijat di dalam aplikasi popular yang digunakan oleh para penggiat industri kreatif itu boleh menyebabkan serangan penggodam.

Seterusnya mengeksploitasi data-data hasil kerja pengguna sehingga ia boleh dipadam oleh penggodam.

"Adobe has released a security update for the Adobe Creative Cloud Desktop Application for Windows. This update addresses a critical vulnerability.  Successful exploitation could lead to arbitrary file deletion." Adobe.

Adobe hanya menyatakan Creative Cloud Desktop Application 5.0 atau terdahulu bagi versi Windows sahaja yang terjejas dengan isu ini.

Jadi, para pengguna aplikasi Adobe Creative Cloud di platfom Windows amat disyorkan supaya segera mengemas kini aplikasi tersebut bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa.

Sumber: Sophos