Kemas Kini Pertama Untuk Pengguna Windows 10 Pada Tahun 2021

Sejak beberapa hari lalu, Microsoft telah menawarkan kemas kini terbaru bagi pelbagai versi Windows 10.

Bermula dari 8 Januari lalu, Microsoft menawarkan kemas kini kumulatif bagi pengguna Windows 10 versi 1607, 1803 dan 1809.

Kemudian pada 11 Januari pula, kemas kini kumulatif ditawarkan kepada pengguna Windows 10 versi 1909, 2004 dan 20H2.

Keesokan harinya pula, Microsoft menawarkan kemas kini kumulatif kepada pengguna Windows 10 versi 1607, 1703 dan 1803.

Kesemua fail kemas kini kumulatif Windows tersebut boleh dimuat turun menerusi laman rasmi Microsoft Update Catalog.

Dari senarai tersebut,tidak pula kelihatan senarai kemas kini bagi pengguna versi Windows 10 1903. Bagi yang belum tahu, Windows 10 versi 1903 sudah pun ditamatkan sokongan oleh Microsoft pada 8 Disember 2020 lalu.

Bermakna tiada lagi sebarang kemas kini akan ditawarkan kepada pengguna versi Windows 10 tersebut.

Jadi bagi membolehkan komputer anda terus menerima kemas kini terbaru dari Microsoft, anda perlu menaik taraf versi Windows 10 1903 anda kepada sekurang-kurangnya versi Windows 10 1909.

Versi terkini Windows 10 adalah Windows 10 20H2.

Sumber: Bleeping Computer