Bermula dari 8 Januari lalu, Microsoft menawarkan kemas kini kumulatif bagi pengguna Windows 10 versi 1607, 1803 dan 1809.
Kemudian pada 11 Januari pula, kemas kini kumulatif ditawarkan kepada pengguna Windows 10 versi 1909, 2004 dan 20H2.
Keesokan harinya pula, Microsoft menawarkan kemas kini kumulatif kepada pengguna Windows 10 versi 1607, 1703 dan 1803.
Kesemua fail kemas kini kumulatif Windows tersebut boleh dimuat turun menerusi laman rasmi Microsoft Update Catalog.
Dari senarai tersebut,tidak pula kelihatan senarai kemas kini bagi pengguna versi Windows 10 1903. Bagi yang belum tahu, Windows 10 versi 1903 sudah pun ditamatkan sokongan oleh Microsoft pada 8 Disember 2020 lalu.
Bermakna tiada lagi sebarang kemas kini akan ditawarkan kepada pengguna versi Windows 10 tersebut.
Jadi bagi membolehkan komputer anda terus menerima kemas kini terbaru dari Microsoft, anda perlu menaik taraf versi Windows 10 1903 anda kepada sekurang-kurangnya versi Windows 10 1909.
Versi terkini Windows 10 adalah Windows 10 20H2.
Sumber: Bleeping Computer
Berkaitan
- Cip Pemprosesan Intel Sehingga Kini Masih Terdedah Kepada Eksploitasi Penggodaman
- OnePlus 7T Akan Tersedia Dilengkapi Dengan Sistem Android 10
- Isu Penggodaman Yang Berlaku Pada iPhone Turut Sama Berlaku Pada Peranti Android Dan Windows
- Microsoft Teams Pencabar Terbaru WhatsApp
- Masih Guna Windows 10? Anda Patut Pasang Kemas Kini Terbaru Ini
- Ciri Pelayar Microsoft Edge Ini Menyebabkan Penggunanya Terdedah Kepada Serangan Penggodam
- Pengguna Windows 10 v1903 Akan Dipaksa Terima Naik Taraf Ke Windows 10 v1909
- Tetapan Penjimatan Tenaga Dan Memori Kini Tersedia Pada Pelayar Google Chrome
- Microsoft Dakwa Pengguna Menaik Taraf Ke Windows 11 Adalah 2 Kali Lebih Pantas Berbanding Windows 10
- Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Setuju Kelajuan Jalur Lebar Patut Minimum 100Mbps