Kemas Kini Pemacu Nvidia Baharu Dilepaskan Untuk Komputer Riba Siri RTX 30

Nvidia hari ini telah melepaskan kemas kini baharu pemacu mereka untuk komputer riba dengan kad grafik siri RTX 30 termasuk untuk permainan bergenre seram The Medium.

Menerusi kemas kini pada permainan The Medium, ia kini menyokong Ray Tracing dan juga Nvidia DLSS yang mana permainan ini akan dilancarkan pada 28 Januari 2021.



Selain itu, kesemua komputer riba yang hadir dengan RTX 3060, RTX 3070 dan RTX 3080 turut akan menerimanya dimana kad grafik ini tampil dengan teknologi Max-Q generasi ketiga.

Tambahan lagi, Nvidia juga menambah sokongan G-Sync untuk 8 model monitor yang memberikan pengalaman kadar penyegaran boleh ubah (VRR). 8 monitor yang menyokongnya adalah:

  • Acer XB253Q GP

  • Acer XB273GZ

  • Acer XV252S

  • Asus VG279QR

  • Lenovo G27Q-20

  • MSI G273Q

  • MSI MAG251RX

  • Philips PHL275M1RZ