Kemas Kini Kumulatif Windows 10 KB4524147 Menyebabkan Butang Menu 'Start' Tidak Berfungsi

Malah menyebabkan isu pada mesin pencetak.


Seperti sudah menjadi kebiasaan, setiap kali Microsoft melepaskan kemas kini terbaru pada pengguna Windows 10, akan ada sahaja isu yang dihadapi oleh pengguna mereka.

Isu terbaru yang berlaku adalah terhadap kemas kini kumulatif Windows 10 KB4524147 yang baru dilepaskan Microsoft pada 3 Oktober lalu.



Sebahagian pengguna Windows 10 versi 1903 melaporkan mereka berdepan dengan isu butang Menu Start Windows 10 mereka tidak berfungsi sepenuhnya selepas memuat turun dan memasang fail kemas kini yang ditawarkan Microsoft tersebut.

Susulan itu, pengguna mula melaporkan isu ini pada pihak Microsoft

"Clicking the start button opens up a window saying, Critical error start menu not working,sign out ..."  somthing like that." ParthaDip

Malah sebahagian pengguna yang lain pula mendakwa, mesin pencetak mereka langsung tidak dapat berfungsi selepas memasang kemas kini Windows 10 KB4524147.

Sehingga kini, pihak Microsoft masih belum respon terhadap isu terbaru yang dilaporkan oleh pengguna mereka. Jadi, kepada anda yang masih belum memuat turun dan memasang kemas kini Windows 10 KB4524147, elakkan dahulu  kemas kini ini buat sementara waktu sehingga pihak  Microsoft memberikan penyelesaian.

Sumber: Bleeping Computer