Untuk pengguna versi Windows 10 1909 dan 1903.
Microsoft pada awal hari ini telah melepaskan kemas kini kumulatif terbaru kepada pengguna versi Windows 10 1909 dan 1903.
Kemas kini KB4540673 itu ditawarkan kepada pengguna
Kemas kini terbaru ini sekaligus akan mengubah binaan sistem operasi Windows 10 ini kepada 18362.719 and 18363.719.
Sebanyak 3 isu utama ditekankan dalam kemas kini KB4540673 iaitu menambah baik ciri keselamatan aplikasi pelayar Microsoft Edge dan Internet Explorer, mengemaskini pengesahan nama pengguna dan kata laluan serta menambah baik ciri keselamatan peranti luar seperti alat kawalan permainan, pencetak dan kamera.
Selain itu, Microsoft juga mengemas kini keselamatan ke atas 13 perisian utamanya yang ditawarkan menerusi Windows Malicious Software Removal Tool - March 2020 (KB890830).
Berikut adalah 13 perisan utama Windows yang menerima kemas kini keselamatan bagi bulan Mac 2020:-
- Microsoft Windows
- Microsoft Edge (EdgeHTML-based)
- Microsoft Edge (Chromium-based)
- ChakraCore
- Internet Explorer
- Microsoft Exchange Server
- Microsoft Office and Microsoft Office Services and Web Apps
- Azure DevOps
- Windows Defender
- Visual Studio
- Open Source Software
- Azure
- Microsoft Dynamics
Kemas kini KB890830 ini telah ditawarkan lebih awal kepada pengguna Windows 7 dan Windows Server 2008.
Berkaitan
- Microsoft Melepaskan Kemas Kini Kritikal Untuk Pengguna Windows 7 Hingga Windows 10
- Anugerah HONOR Magic Moments 2023 Kembali, Menangi RM10,000
- Lebih Daripada 100 Bilion Mesej Dihantar Menerusi WhatsApp Pada Sambutan Tahun Baru Lalu
- Microsoft Menarik Keluar Kemas Kini Keselamatan Windows 10 KB4524244
- Cara Membuang Fail Kemas Kini Windows 10
- Google Play Kini Guna Logo Baru, Rai Ulang Tahun Ke-10
- Adakah Anda Tunggu Dahulu Atau Terus Mengemas Kini Windows 10 Komputer Anda?
- 3 Aktiviti Ini Masih Dilarang Aktif Ketika PKPP Dari 10 Jun Hingga 31 Ogos 2020
- 100 Kata laluan paling lemah yang digunakan sepanjang tahun 2018
- Sekali Lagi Microsoft Tersalah Hantar Versi Kemas Kini Windows Kepada Pengguna