Kemas Kini Kumulatif KB4579311 Bagi Banyak Masalah Pada Pengguna Windows 10

Microsoft telah pun menawarkan kemas kini kumulatif KB4579311 kepada pengguna Windows 10 minggu lalu.

Menurut Microsoft, kemas kini tersebut menumpukan kepada penambah baikan ciri keselamatan dan kestabilan Windows 10.

Walaubagaimanapun lain pula ceritanya dari para pengguna yang telah memuat turun dan memasang kemas kini tersebut.

Pengguna mendakwa, mereka berdepan pelbagai masalah yang menjengkelkan selepas memuat turun dan memasang kemas kini tersebut.

Malah ada yang berdepan dengan isu pemasangan kemas kini tersebut.

Susulan itu, pengguna Windows 10 mengadukan masalah yang dihadapi dengan kemas kini KB4579311 di laman Komuniti Microsoft.





Sehingga kini, Microsoft belum mengemas kini tentang isu yang ada pada kemas kini kumulatif ini dalam laman sesawang mereka.

Jadi, sekiranya anda belum memuat turun kemas kini kumulatif ini, anda boleh abaikan sahaja. Bagi mereka yang telah memasangnya pula, anda bolehlah membuang kemas kini tersebut dari sistem komputer Windows 10 anda.

Sumber: Techdows

Berkaitan