Kemas Kini iOS 13.1 Untuk Pengguna iPhone dan iPod touch serta iPadOS Untuk Pengguna iPad

Juga kemas kini bagi peranti Apple TV.


Apple telah melepaskan kemas kini terbaru bagi peranti iPhone dan iPod touch iaitu iOS 13.1.

Jika pada minggu lalu, kemas kini iOS 13 hanya untuk peranti iPhone sahaja, tetapi kemas kini iOS 13.1 membolehkan pengguna iPod touch gen-7 juga turut menaik taraf peranti tersebut kepada versi iOS terbaru ini.


iPadOS


Selain kemas kini bagi peranti iOS, seperti yang dijanjikan Apple, mereka turut melepaskan sistem operasi terbaru mereka bagi peranti iPad. Sebelum ini Apple memberitahu, iPadOS hanya akan ditawarkan pada 1 Oktober nanti.

Kapsyen: Antaramuka baru iPad dengan iPadOS.


Tetapi pada minggu lalu, mereka mengubah tarikh pelepasan iPadOS dengan mengawalkannya kepada 25 September 2019. Jadi, sekiranya anda memiliki peranti iPad, bermula dari hari ini anda sudah boleh menaik taraf sistem operasi peranti tersebut dari iOS kepada iPadOS.

Kemas kini boleh dibuat terus dari iPad anda di bahagian Settings > General > Software Update.

Berikut adalah senarai model iPad yang menyokong iPadOS:-

• iPad (Gen-5)
• iPad (Gen-6)
• iPad (Gen-7)
• iPad mini 4
• iPad mini (Gen-5)
• iPad Air 2
• iPad Air (Gen-3)
• 9.7-inch iPad Pro
• 10.5-inch iPad Pro
• 11-inch iPad
• 12.9-inch iPad Pro

tvOS 13


 

Manakala bagi mereka yang memiliki peranti Apple TV gen-4 dan gen-5, anda boleh mengemas kini tvOS peranti tersebut kepada versi tvOS 13. Malah Apple juga turut melepaskan kemas kini Apple TV Software 8.4.3 bagi model Apple TV Gen-3.

tvOS 13 membolehkan peranti Apple TV menyokong pelbagai ciri baru seperti Apple TV App, Apple TV+ dan Apple Arcade.