Malah, jika anda menggunakan kata laluan yang sama pada pelbagai akaun juga adalah tidak selamat untuk dilakukan.
Oleh itu, Google baru sahaja mengeluarkan kemas kini baharu menerusi Chrome 88 dengan ciri membantu anda untuk membaiki kata laluan yang sangat lemah.
Dengan ini, anda dapat mengenal pasti mana-mana kata laluan yang lemah ataupun kata laluan yang telah dikompromi dalam erti kata lain mudah untuk diceroboh.
Fungsi ini akan memberikan anda untuk klik pada akaun tersebut dan seterusnya menukar kata laluan dengan lebih baik.
Tambahan lagi, terdapat penambahan bahagian baharu di mana anda dapat menukar kata laluan untuk pelbagai akaun dengan mudah tanpa perlu memilih satu-satu akaun.
Ciri ini sebenarnya sangat membantu terutama bagi mereka yang mempunyai pelbagai akaun tetapi kata laluan yang digunakan sangat lemah dan akhirnya, akaun anda itu sangat mudah untuk digodam.
Kemas kini ini akan hadir buat semua pengguna dalam beberapa minggu lagi dan tersedia buat semua platform desktop, iOS dan Android.
Sumber: google
Berkaitan
- Spesifikasi Kamera Pixel 6 Didedahkan Dan Google Akan Beri 5 Tahun Kemas Kini
- Ini Cara Nak 'Sign Out' Satu Akaun Google (Gmail) Sahaja Di Peranti
- 'Hey Google' Kini Menyokong Aplikasi Pihak Ketiga
- Google Pixel 6 Dijangka Diumum Sebelum Pelancaran iPhone 13
- Guna Formula Ini Kalau Nak Cipta Kata Laluan Yang Padu
- Mungkin Ini Google Pixel 5a, Rekaan Seperti Pixel 4a
- Amerika Syarikat Mungkin Akan Lakukan Sekatan Terhadap HONOR Juga
- Apple Watch Series 7 Dikatakan Akan Dijual Dalam Kuantiti Yang Terhad
- Google Kongsikan Video Acah Pixel 6, Dijangka Dilancar Pertengahan Oktober
- Acer Chromebook Spin 513 - Chromebook Pertama Dengan Cip Snapdragon