Kemampuan Kognitif Kanak-Kanak 'Gamer' Lebih Baik Daripada Yang Bukan 'Gamer' - Kajian

Sebuah kajian terbaru mendapati kanak-kanak bermain permainan video menunjukkan prestasi kognitif yang lebih baik daripada kanak-kanak yang tidak bermain game.

Kajian ini mengambil sampel daripada 2,217 kanak-kanak. Mereka yang dikategorikan sebagai pemain (gamer) ialah kanak-kanak yang meluangkan masa selama 3 jam sehari (21 jam seminggu) bermain permainan video.

Ini kerana tempoh 3 jam ini melebihi garis panduan American Academy of Pediatrics yang mengehadkan 1-2 jam saja untuk kanak-kanak.

Para penyelidik mendapati yang kanak-kanak yang bermain game melakukan tugasan kognitif yang lebih pantas dan tepat daripada mereka yang tidak bermain game.

{suggest}

Kognitif merujuk pada hal berkait aktiviti intelektual seperti berfikir, mengingat, menaakul.

Menurut DBP, kognitif bermaksud berkaitan dengan kognisi, iaitu proses mental untuk mentafsir,mempelajari dan memahami sesuatu.

Bukan itu saja, malah imbasan fMRI juga mendapati terdapat aktiviti yang lebih tinggi di bahagian otak yang berkait dengan memori dan tumpuan, berbanding kanak-kanak bukan gamer.

Dalam pada itu, kumpulan gamer muda ini juga menunjukkan terdapat aktiviti otak yang lebih banyak di bahagian otak yag berkait dengan pelaksanaan tugas-tugas kognitif berbanding bahagian berkait penglihatan (vision).

Nora Volkow, Pengarah NIDA berkata bahawa kajian ini menyumbang pada pemahaman yang lebih baik tentang hubungan bermain permainan video dan perkembangan otak.

Sumber: JAMA, Mashable

Berkaitan