Keluarga Redmi Note 9 Boleh Dibeli Pada Harga Promosi Pada Lazada 7.7 Ini

Sebahagian daripada anda yang kerap membeli-belah secara dalam talian pastinya ternanti-nanti tarikh 7 Julai hadapan. Ini kerana platform dalam talian akan mengadakan jualan pertengahan tahun 7.7.



Bersempena dengan itu, Xiaomi Malaysia tampil menyediakan barisan peranti dari siri Redmi Note 9 pada harga lebih rendah dari nilai jualan rasmi.

Peranti-peranti yang terlibat adalah seperti dibawah:

  • Redmi Note 9 (3GB+64GB) - RM549 (Harga asal RM649) (Jualan dari 12 tengah malam hingga 2 pagi sahaja)

  • POCO F2 Pro (6GB+128GB) - RM1999 (Harga asal RM2199)

  • Redmi Note 9 Pro (6GB+64GB) - RM899 (Harga asal RM999)

  • Redmi Note 9s (4GB+64GB) - RM699 (Harga asal RM799)

  • Redmi 9 (3GB+32GB) - RM449 (Harga asal RM499)

  • Redmi 9A (2GB+32GB) - RM319 (Harga asal RM359)


Melalui promosi Lazada 7.7 ini peranti-peranti yang disenaraikan mendapat potongan harga RM100 daripada harga jualan sebenar. Sekiranya anda berminat untuk memiliki salah satu dari model diatas, ini mungkin masanya untuk mendapatkan penjimatan. Untuk lebih tawaran lagi, boleh kunjungi Xiaomi di Lazada.