Keluarga Intel Xe Diperlihatkan, Kad Grafik Pertama Dari Intel Dengan Sokongan Ray-Tracing

Melalui acara 2020 Architecture Day yang berlangsung pada hari ini, Intel telah mengumumkan keluarga kad grafik mereka iaitu Intel Xe.

Terdapat 4 model senibina yang lebih khusus di bawah satu keluarga Xe iaitu:

  • Xe-HPC

  • Xe-HP

  • Xe-HPG

  • Xe-LP




Xe-HPC dan Xe-HP ditujukan khas untuk komputeran skala luas seperti tujuan penyelidikan dan sebagainya. Untuk para gamer, Intel menyasarkan Xe-HPG manakala Xe-LP pula untuk platform mudah alih seperti komputer riba.

Untuk Xe-HPG, kad grafik ini akan menyokong ray-tracing dan boleh menjadi alternatif selain dari jenama Nvidia dan juga AMD.

Dalam keluarga Intel Xe, Xe-LP yang akan diumumkan terlebih dahulu tahun ini. Untuk kad grafik lain, ia hanya diumumkan pada tahun hadapan.

Xe-LP merupakan kad grafik terbina seumpama Intel Graphics namun jauh lebih berkuasa. Ia akan dimuatkan dalam cip Intel Tiger Lake yang menawarkan kemampuan prestasi lebih tinggi baik dari segi CPU mahupun GPU.

Pengenalan rasmi Xe-LP dan juga Intel Tiger Lake lengkap dengan spesifikasi penuh akan diumumkan oleh Intel pada acara khas 2 September kelak.

Rujukan: CRN

 

Berkaitan