Keluaran iPhone Akan Datang Mempunyai Ciri Pengecasan Tanpa Wayar Dua Hala

Berdasarkan laporan, peranti iPhone pada 2019 akan sama seperti penawaran tahun lalu. Dikatakan bakal terdapat tiga peranti, 5.8 inci bagi iPhone XI, 6.5 inci pada iPhone XI Max, dan 6.1 inci pada iPhone XR2. Ketiga-tiga model ini disebut akan dikuaskaan dengan cip pemprosesan A13.

Tambahan lagi, pada ketiga peranti tersebut menggayakan sususan lensa kamera secara petak, atau dipanggil gaya 'Yubaa'. Perbezaan antara peranti iPhone XI dan XI Max bakal dipasang dengan 3 lensa kamera, manakala iPhone XR akan didatangi bersama dwi-kamera. Lensa tambahan pada dua model diatas dipercaya untuk rakaman sudut lebar.

Pengecasan tanpa wayar berbalik,  bakal dipasang pada ketiga-tiga peranti tersebut, ini bermakna anda boleh mengecas AirPod menggunakan telefon mudah alih anda.



Seperti yang semua tahu, fungsi pengecasan tanpa wayar berbalik ini sudah tersedia pada peranti Samsung Galaxy S10 dan Huawei Mate 20 Pro. Mungkinkah populariti ciri pengecasan berbalik akan lebih meningkat selepas Apple menggunakannya pada peranti mereka? sepertimana yang terjadi pada rekaan takuk pada skrin paparan beberapa tahun dahulu.

Sumber: Giz China