Ikuti kami di media sosial

Berita

Kelajuan Sambungan 4G iPhone XR Adalah Lebih Perlahan Berbanding iPhone XS Dan iPhone XS Max

ariff bukhari

Ditulis

pada

Tetapi tidak menghairankan sambungan 4G iPhone XR adalah jauh lebih pantas berbanding model-model iPhone terdahulu. 

Open Signal baru-baru ini telah pun mengeluarkan laporan tentang kelajuan sambungan 4G bagi pelbagai model peranti Apple iPhone.

Hasil dapatan kajian yang dilaporkan dalam laporan tersebut menunjukkan, kelajuan sambungan 4G terhadap model telefon pintar iPhone XR adalah lebih perlahan berbanding model yang sama tahun keluarannya iaitu iPhone XS dan iPhone XS Max.

iPhone XS, XS Max dan iPhone XR diperkenalkan pada September 2018.

Malah kelajuan sambungan 4G iPhone XR juga adalah lebih perlahan berbanding iPhone X  yang diperkenalkan pada tahun 2017.

Walaubagaimanapun, kelajuan sambungan 4G iPhone XR adalah jauh lebih pantas berbanding model-model iPhone terdahulu yang lain.

Ini memang tidak menghairankan kerana iPhone XR dilengkapi dengan teknologi sambungan 4G yang lebih terkini.

Berikut adalah carta perbandingan kelajuan muat turun 4G model-model iPhone dari tahun 2013 hingga 2018 di USA:-

Kredit imej: Open Signal

Punca perlahan

Punca mengapa sambungan 4G iPhone XR adalah lebih perlahan berbanding model iPhone XS dan XS Max adalah kerana iPhone XR hanya dilengkapi dengan teknologi sambungan selular 802.11ac Wi‑Fi 2×2 MIMO (Multiple-In Multiple-Out) sahaja.

Manakala untuk iPhone XS dan XS Max pula dilengkapi dengan teknologi sambungan selular Gigabit-class LTE 4×4 MIMO yang lebih pantas.

Oleh sebab itulah iPhone XS dan XS Max mempunyai sambungan 4G yang lebih pantas serta lebih baik berbanding iPhone XR.

Berikut pula adalah carta perbandingan kelajuan sambungan 4G bagi memuat naik data bagi pelbagai model iPhone dari model iPhone 5s hinggalah iPhone XS Max:-

Kredit imej: Open Signal 

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular