Di China misalnya, baru-baru ini kerajaan mereka telah membentangkan kertas kerja persiapan dan pembangunan untuk rangkaian masa hadapan itu. Mereka telah pun menubuhkan 2 kumpulan kerja untuk membuat kajian mengenai 6G. Kumpulan yang pertama terdiri daripada pegawai dari bahagian kementerian. Manakala kumpulan yang kedua merupakan barisan teknikal 37 pakar dari universiti, pusat kajian, dan juga syarikat teknologi.
Walaupun pembangunan 5G pun masih lagi belum siap sepenuhnya, perlu diingatkan rangkaian teknologi baharu mengambil masa sekitar 10 tahun untuk dibangunkan. Memandangkan pengumuman 6G akan berlaku pada tahun 2030 nanti, pembangunannya seawal ini adalah seiring dengan pengumuman tersebut.
Secara teorinya, rangkaian 6G boleh mencapai sehingga 1 Terabyte setiap saat, iaitu 8,000 kali lebih pantas dari rangkaian 5G. Ia adalah menurut dari Dr. Mahyar Shirvanimoghaddam dari University of Sydney.
Dengan kelajuan 6G sepantas ini, ia membuka ruang penggunaan dan teknologi baharu yang boleh merevolusikan hubunga manusia dengan teknologi. Antaranya adalah perkspektif baharu dari segi aspek antaramuka otak manusia dengan komputer. Contohnya, 6G akan membolehkan kita menggunakan peranti hanya 'menggunakan otak sahaja'.
Jika untuk penggunaan harian masa sekarang, menggunakan rangkaian kelajuan 6G, anda boleh memuat turun lebih dari 142 video Nefflix dalam kualiti tertinggi setiap saat.
Walau bagaimanapun, buat masa ini, pengkaji masih perlu mencari jalan untuk mencapai kelajuan yang diidamkan tersebut. Menurut pakar, penambahbaikan dari segi bahan, kejuruteraan komputer, rekaan cip dan tenaga digunakan adalah perlu difikirkan.
"Kita harus berfikir bagaimana untuk memampankan penggunaan teknologi rangkaian ini tanpa merosakkan Bumi". Dr. Mahyar Shirvanimoghaddam.
Sumber: Phonandroid, Gizmochina
Berkaitan
- OPPO Mengumumkan ColorOS 7- Antaramuka Lebih Kemas, Minimal Serta Prestasi Peranti Dipertingkatkan
- Nvidia Ambil Alih ARM Dengan Urus Niaga Bernilai $40 Billion
- Apple Watch Series 6 Dan SE Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia Bermula 15 Oktober Ini
- Sebanyak 220 Juta USD Telah Didermakan Apple Kepada (RED) Untuk Melawan Penyakit AIDS
- iOS 13.7 Kini Sedia Dikemaskini - Ini Apa Yang Terbaharu
- Semak Laluan Banjir Dan Tanah Runtuh Dengan Portal Ini
- iPhone 12 Dimuatkan Dengan Bateri Berkapasiti 2815mAh, iPhone 12 mini Pula Hanya 2227mAh
- AMD Memperkenalkan Siri Radeon RX 6000 Untuk Bersaing Dengan Siri RTX 30 Nvidia
- Realme Lancar Fon Telinga Realme Buds Air Yang Turut Punyai Mod Gaming
- Redmi 8A Dual Dilancarkan - Snapdragon 439, Pengecasan USB-C Dan Bateri 5000mAh