Kelajuan Muat Turun Mudah Alih Di Malaysia Meningkat Pada Tahun 2020

Walaupun Malaysia masih jauh lagi untuk menerima rangkaian 5G, tetapi laporan terbaru dari Speedtest Ookla mengatakan kelajuan internet di negara ini telah meningkat sedikit pada tahun 2020.

Melihat kepada data tersebut, kelajuan muat turun mudah alih di Malaysia pada suku ketiga dan suku keempat adalah pada 24.53 Mbps.

Ia adalah peningkatan sebanyak 2.41 Mbps berbanding pada suku yang sama tahun 2019 dimana kelajuan muat turun 22.12 Mbps.



Jika nak dibandingkan dengan negara lain di Asia Tenggara, Malaysia berada di kedudukan keempat di belakang jiran, iaitu Vietnam, Thailand dan Singapura.

Singapura yang berada di kedudukan teratas memiliki kelajuan muat turun sehingga 68.86 Mbps. Ia kemudian diikuti Thailand dengan 40.54 Mbps dan Vietnam 33.14 Mbps.

Menurut Ookla, peningkatan yang diterima di Malaysia ini juga disebabkan inisiatif yang dilakukan kerajaan menerusi JENDELA dimana menaik taraf rangkaian 3G kepada 4G.



Dalam pada itu, mereka juga mendedahkan bahawa sebanyak 83.3% rakyat di negara kita menggunakan rangkaian 4G.

Sumber: Speedtest