Topik mengenai kelajuan internet di Malaysia sejak kebelakangan ini semakin hangat dibincangkan pengguna. Lebih-lebih lagi isu yang berkaitan dengan syarikat pengendali terbesar di Malaysia, TM.

Platform penguji kelajuan, Speedtest telah berkongsi senarai kedudukan kelajuan purata internet bagi bulan Oktober 2018 dan hasil laporan memperlihatkan Malaysia dikedudukan ke 26 dari 124 negara.

Malaysia mencatat kelajuan purata bagi jalur lebar tetap pada 61.97Mbps dan berada dibawah Jerman dengan kelajuan purata 61.98Mbps.

IKLAN

Sementara itu, menduduki takhta teratas adalah negara jiran, Singapura dengan kelajuan purata 181.47Mbps dan merupakan satu-satunya negara dirantau Asia Tenggara dalam kedudukan 10 teratas.

Satu lagi kategori adalah, kelajuan purata internet mudah alih dan kedudukan Malaysia jauh terletak di tangga ke 76 dengan kelajuan sekitar 18.41 Mbps.

Berada ditangga pertama adalah Norway dengan 67.17Mbps, diikuti oleh Iceland 67.05 Mbps serta Singapura dengan 57.28Mbps.

Sumber: Speedtest