Kelab Malam Las Vegas Kini Ditukar Kepada Arena E-Sukan

Bermula awal tahun 2018, Hotel Luxor akan menjadi tuan rumah kepada arena e-sukan.

Hasil kerjasama antara Allied Esports, Esports Arena dan MGM Resorts International akan menyaksikan kelab malam berukuran 30,000 kaki persegi bertukar menjadi arena e-sukan.

Ia akan dilengkapi kemudahan yang biasa dilihat di arena e-sukan termasuk skrin besar LED, studio untuk produksi video dan stesen permainan video untuk para pemain.

Ketua pegawai eksekutif Allied Esports, Jud Hannigan berkata mereka mempunyai pelan untuk dua tahun lagi dan menyedari tempat seperti di Luxor boleh diperolehi, mereka terus mengambil peluang tersebut.

"Sama seperti Madison Square Garden dan Stadium Wembley sebagai ikon arena sukan, Arena E-Sukan Las Vegas akan menjadi ikon destinasi kepada penggemar e-sukan untuk berkumpul.

Matlamat mereka adalah untuk menjadikan Arena E-Sukan sebagai jenama globa yang terkenal dengan mempunyai asas yang kukuh di Amerika Syarikat.

Sumber