Kejohanan New Blood Mencari Bakat Caster Baharu

Kejohanan New Blood yang dilancarkan di SEA dengan jumlah hadiah kemenangan sebanyak RM 12,847. Kejohanan yang terhasil dari kerjasama antara Purpose Win Entertainment Limited, sebuah organisasi E-sukan dari Hong Kong dengan syarikat E-sukan dari Malaysia, Fallout Gaming.

Mereka memerlukan bakat baru untuk dicungkil dalam bahagian caster dan menjemput kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai peraduan ini. Pergi ke laman ini dan selepas itu isi borang pendaftaran di sana. Peserta akan diberikan klip permainan Dota 2 berdurasi 10 minit dan mempunyai masa sebanyak 3 hari untuk melakukan rakaman suara mereka dan menghantarnya kembali kepada mereka.

Panel hakim akan memilih 3 finalis yang akan dijemput menghadiri kejohanan utama New Blood di Jakarta dengan semua perbelanjaan ditanggung.

Peraduan ini dibuka kepada peserta di SEA dan bahasa yang digunakan mestilah dalam bahasa Inggeris.

Sumber