Anda Kini Boleh Mendaftar Pelan Celcom Home Fibre, Bermula Dari RM80 Untuk 30Mbps

Harga pelan bermula dari RM80 untuk internet gentian berkelajuan tinggi 30Mbps.


Jika sebelum ini perkhidmatan internet gentian berkelajuan tinggi Celcom hanya ditawarkan terhad dibeberapa kawasan sahaja di Malaysia.

Tetapi kini pelan Celcom Home Fibre telah mula ditawarkan kepada seluruh kediaman di Malaysia. Ia diumumkan semalam oleh Celcom Axiata Bhd.

Pelancaran perkhidmatan itu yang diperluaskan di seluruh negara adalah bertujuan bagi  mewujudkan sambungan internet berkelajuan tinggi melalui gentian serta teknologi tanpa wayar sedia adanya dalam usaha memperkasakan lagi gaya hidup digital masyarakat bandar dan luar bandar.

Pelan Celcom Home Fibre ditawarkan kepada pelanggan bermula dari harga RM80 untuk kelajuan 30Mbps atau pelan 100Mbps yang berharga RM120.

Kapsyen: Pelan ditawarkan dengan kuota internet tanpa had serta kadar panggilan 10 sen/minit ke semua rangkaian di seluruh negara.


Untuk info lanjut berkenaan pelan internet gentian berkelajuan tinggi dari Celcom ini, sila layari laman rasmi Celcom.com.my.

Berkaitan