Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
allo technology tnb (2)

Kediaman Di 5 Kawasan Di Kedah Kini Nikmati Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi

Diterbitkan Julai 15, 2022 oleh ariff bukhari

Selepas Melaka dan Perak, kini giliran negeri Kedah pula nikmati kemudahan terkini jalur lebar berkelajuan tinggi dari Allo Technology Sdn Bhd (Allo).

Allo merupakan syarikat subsidiari milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sebagai permulaan, sebanyak 33,000 kediaman meliputi lima kawasan di Negeri Kedah akan nikmati kemudahan ini iaitu Sungai Petani, Kulim, Kuala Ketil, Mergong dan Aman Jaya.

Infrastruktur disediakan Allo menghubungkan 14,745 premis di Kulim, Aman Jaya (9,568), Kuala Ketil (3,695), Mergong (2,574) dan Sungai Petani (2,376).

Sebelum ini kawasan-kaawasan tersebut tidak menikmati capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Setakat ini, sebanyak 180,000 premis telah pun dihubungkan dengan rangkaian jalur lebar gentian optik Allo meliputi Melaka, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur dan Selangor (Cyberjaya).

TNB melalui Allo memanfaatkan infrastruktur sedia ada miliknya iaitu talian fiber optik sepanjang hampir 25,000km yang disokong oleh 472 Pencawang Masuk Utama (PMU) di seluruh Semenanjung Malaysia, bagi mewujudkan jaringan rangkaian telekomunikasi di bawah program JENDELA.

Sumber: TNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY