Kedai Xiaomi Di KLCC Bakal Dibuka Penghujung Bulan Ini

Umum sudah mengetahui Xiaomi hanya mempunyai satu sahaja kedai rasmi di Malaysia buat masa ini yang mana ianya terletak nun di utara, iaitu di Pulau Pinang.

Melihat kepada keperluan mewujudkan kedai di lokasi strategik yang lain, Xiaomi dilaporkan bakal membuka dua lagi cawangan di kawasan Lembah Klang bertempat di KLCC dan IOI City Mall.

Memetik laporan dari Lowyat.net, pelancaran rasmi kedai Xiaomi di KLCC dijadualkan berlangsung pada 27 Oktober 2017 tetapi untuk kedai di IOI City Mall tiada lagi maklumat yang diperolehi. Masih belum dapat dipastikan lagi apakah jenis barangan yang bakal ditawarkan di kedai berkenaan dan mungkin juga ia mengambil konsep yang sama seperti kedai premium di Pulau Pinang.

Dengan pembukaan dua kedai terbabit, peminat jenama Xiaomi boleh melihat dan merasai dengan lebih dekat telefon serta aksesori yang dikeluarkan syarikat berkenaan.

Sumber: Lowyat.net