Kedai Serbaneka Tanpa Kaunter Tunai Pertama Malaysia Akan Dibuka Di Subang Jaya

Pelbagai kemudahan dan teknologi boleh kita nikmati sekarang seiring dengan kemajuan yang dikecapi Malaysia. Dahulu, urusniaga untuk membeli barangan hanya boleh dibuat dengan wang tunai tetapi sekarang, pelbagai cara pembayaran sudah mula dipraktikan.

Seperti contoh IRISPAY, satu medium pembayaran digital yang telah dibangunkan oleh Mobile Commerce Technology dalam memudahkan urusniaga tanpa tunai. Difahamkan bahawa, Iris World International Group Berhad akan membuka sebuah kedai serbaneka tanpa kaunter tunai pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan sistem IRISPAY pada bulan ini.

Kedai serbaneka berlokasi di SS15 Subang Jaya itu akan dilancarkan pada bulan ini yang mana ia menyasarkan golongan pelajar yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Seperti yang anda boleh lihat pada foto dibawah, produk-produk dari Korea, Jepun, China, Hong Kong, Taiwan dan juga produk tempatan akan dijual melalui 8 mesin layan diri yang disediakan di dalam kedai itu.



Pengguna haruslah memuat turun aplikasi IRISPAY dan imbas kod bar bagi menyempurnakan pembelian produk.

Sumber: Beetify dan Mdroid