Kedai Rasmi NVIDIA Akan Dibuka Secara Rasmi Tidak Lama Lagi

NVIDIA melalui laman Facebook Malaysia mereka telah mengumumkan akan membuka kedai rasmi jenama tersebut di negara ini.



NVIDIA terkenal dengan kad grafik yang dipasarkan ke pelbagai lapisan pengguna tetapi pengguna Malaysia tidak berpeluang membeli terus produk mereka sebelum ini. Tidak dipastikan lagi jenis kedai yang akan dilancarkan oleh NVIDIA Malaysia samada fizikal atau maya seperti di Lazada.

Sebagai rujukan, pesaing NVIDIA, AMD sudah mempunyai kedai rasmi maya di dalam Lazada. Dengan pengumuman sebegini, pengguna pasti menantikan tawaran menarik yang mungkin diberikan oleh NVIDIA sempena pembukaan kedai rasmi mereka kelak.

Sumber