Kedai Perkakasan Audio Bose Rasmi Dibuka Di Pusat Beli Belah 1Utama

Khabar baik buat penggemar pembesar suara serta perkakasan audio berjenama Bose, hari ini, kedai menjual produk terbabit telah rasmi dibuka di pusat beli-belah 1 Utama.



Disamping pembukaan rasmi itu, Noriko Sdn Bhd yang juga merupakan anak syarikat, Thakral Group turut mengumumkan mereka kini adalah pengedar premium barangan Bose.



Selain menyediakan produk-produk keluaran Bose, kedai berkeluasan 916 kaki persegi itu turut dilengkapi dengan Demo Room yang memberi ruang kepada pelanggan untuk merasai kenikmatan peranti yang dijual.



Bagi yang berminat untuk mengunjungi kedai Bose ini, ia berada di tingkat 2 pusat beli-belah 1 Utama.