Kedai Atas Talian Lazada NVIDIA Kini Sudah Dibuka

Beberapa hari lepas, NVIDIA melalui laman Facebook mereka mengumumkan yang mereka akan membuka kedai rasmi mereka di Malaysia.



Semalam mereka telah melancarkan kedai rasmi atas talian di Lazada untuk pengguna Malaysia mereka. Serentak dengan itu, mereka juga menawarkan tawaran istimewa berupa hadiah percuma untuk setiap pembelian kad grafik terpilih selagi stok masih ada.



Langkah NVIDIA ini menunjukkan yang mereka menyedari potensi pasaran Malaysia dan mengambil keputusan untuk menawarkan sesuatu untuk pasaran ini.

Kepada yang berminat, sila layari laman NVIDIA di Lazada sekarang.

Berkaitan