Kecerdasan Buatan "Wukong AI"Tewaskan Pemain Profesional Dalam Permainan Arena of Valor

Jika sebelum ini anda pernah membaca laporan mengenai kecerdasan buatan berjaya mengalahkan pemain profesional dalam permainan Starcraft II serta Dota 2 dan terbaru, teknologi AI Tencent mengambil giliran bagi permainan Arena of Valor.

Didalam pertarungan pertunjukkan pada pentas separuh akhir Honour of Kings World Champion Cup yang berlangsung dalam negara hujung minggu lalu, Wukong AI telah berjaya menewaskan pasukan pemain profesional dalam masa 30 minit.



Kunci kejayaan Wukong Ai adalah latihan yang kerap dimana Tencent menyatakan sistem itu memainkan Arena of Valor bersamaan 400 tahun permainan setiap hari. INi membolehkannya mempelajari setiap teknik untuk mengelak musuh dan lain-lain kemahiran yang diperlukan.

Matlamat dari kajian teknologi AI yang dijalankan ini bukan sahaja direka bentuk untuk e-Sukan malah lebih meluas lagi seperti robotik dan industri pertanian.