Kebanyakkan Senjata Dari Dark Web Datang Dari Amerika Syarikat

Senjata Amerika Syarikat telah merangkumi hampir 60 peratus dari jualan yang berlaku di dark web, menurut sebuah kajian.

Senjata api, dadah dan identiti yang telah dicuri boleh didapati di dark web jika anda tahu di mana hendak dicari tetapi awas, segala tindak tanduk anda merupakan tanggungjawab sendiri.

Untuk menyiasat mengenai perkara ini, Universiti Manchester dan organisasi pemikir, Rand Europe telah melayari 12 pasaran dark web dan mendapati terdapat hampir 811 senarai perkara-perkara disebutkan tadi.

Kebanyakkan senjata api datang dari Amerika Syarikat dan kebanyakkannya dijual ke Eropah.

Pistol yang digunakan pada serangan keganasan di Munich tahun lepas telah dibeli di dark web.

Pada awal bulan ini, agensi penguatkuasa Amerika Syarikat dan Eropah telah menutup AlphaBay dan Hansa yang merupakan 2 dari 3 pasaran terbesar untuk dark web.

Sumber

Berkaitan