Kebanyakkan Iklan Di YouTube Selepas Ini Tiada Butang "Skip Ads"

Perkara yang sering kali dilakukan ketika mahu menonton video di YouTube, tekan butang "skip ads".

Tetapi nampaknya kenikmatan untuk melangkau iklan itu akan ditarik oleh YouTube tidak lama lagi.

Menerusi satu pengumuman yang dibuat, YouTube menyatakan penerbit kandungan boleh menjana keuntungan dengan ciri iklan yang tidak boleh dilangkau.

Perubahan itu akan dibuat secara berperingkat dan penerbit kandungan akan diberikan notifikasi mengenainya.

Menurut YouTube, pengiklan mengeluarkan belanja yang tinggi untuk iklan yang tidak boleh dilangkau dan ini bermakna penerbit boleh mendapat keuntungan yang lebih jika mereka menjalankan iklan tersebut pada kandungan mereka.

YouTube meletakkan had masa iklan selama 20 saat, dan selepas ini diramalkan lebih banyak penerbit kandungan akan beralih arah kepada iklan yang tidak boleh dilangkau.

https://www.youtube.com/watch?v=bH4twWUw2OI

Sumber: Creator Insider