Kebanyakan Peranti Andalan Akan Guna Pengecasan Pantas 120W+ Tahun Hadapan

Saban hari kita melihat peranti pintar menggunakan pengecasan pantas sekurang-kurangnya 66W. Malah Xiaomi turut telah guna pengecasan pantas 120W.

Berdasarkan maklumat dari DigitalChatStation, beliau berpendapat senario pengecasan pantas dengan wayar akan berubah dan meningkat pada tahun hadapan.



Beliau mengatakan bahawa banyak peranti daripada jenama lain akan guna lebih daripada 120W dan akan ada jenama yang guna teknologi pengecasan lebih pantas.

Bercakap mengenai perkara ini, kebanyakan jenama dari China sudah ada pengecasan tanpa wayar yang pantas seperti 65W AirVOOC OPPO, Xiaomi 120W dan Huawei 66W.

Menurut CEO Huawei, Yu Chengdong, mereka sudah ada teknologi pengecasan 120W atau 200W. Beliau berpendapat 66W adalah yang paling sesuai buat masa kini.

Ini kerana pengecasan pantas lebih daripada 120W atau 200W perlukan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding yang ada peranti sekarang.

Sementara Xiaomi pula, terdapat laporan mengatakan teknologi 80W Mi Wireless sudah dalam perjalanan ke pasaran.



Ia mampu mengecas penuh kapasiti 4000mAh hanya 19 minit dan 50% bateri dalam 8 minit.

Pengecasan pantas nampaknya semakin penting masa kini kerana ia dapat menjimatkan masa dan tidak perlu untuk menunggu lama untuk peranti penuh.

Mungkin pengecasan 20W seperti terdapat pada peranti Apple sudah tidak relevan pada masa akan datang.

Sumber: DigitalChatStation