Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kebalkan “Pendrive” Anda Daripada Serangan Virus

Kebalkan “Pendrive” Anda Daripada Serangan Virus

Diterbitkan Ogos 14, 2017 · Dikemas kini Ogos 14, 2017 oleh Tips Gajet

Salam Sejahtera kami daripada wiser.my. Tips kali ini kami ingin berkongsikan kaedah mudah yang anda boleh lakukan untuk menjadikan “pendrive” kalis daripada serangan virus. Dengan cara ini anda tidak perlu risau lagi sekiranya ingin menggunakan storan mudah alih anda pada mana-mana komputer yang mungkin sudah dijangkiti oleh virus.

Aplikasi yang ingin kami kongsikan ini, berupaya mengubah suai fail autorun.inf “pendrive” anda agar ianya kebal daripada serangan virus, terutamanya virus “shortcut” dan virus “hidden file” yang sangat sinonim dengan PC berasaskan windows.

Untuk mengaktifkan “vaksin” tersebut pada “pendrive” anda, sila ikuti langkah-langkah berikut

Langkah 1

Terlebih dahulu, muat turun aplikasi berikut dalam PC Windows anda. Klik sahaja pada pautan dibawah

Bitdefender USB Imunizer 2

Langkah 2

Selepas siap dimuat turun, buka aplikasi tersebut, klik “accept term & condtion” terlebih dahulu. Maka akan muncul paparan berikut.

Kebalkan “Pendrive” Anda Daripada Serangan Virus

Langkah 3

Masukkan “pendrive” anda pada PC tersebut maka akan muncul paparan berikut. Warna merah pada ikon menunjukkan pendrive tersebut belum di immun kan lagi. Apa yang perlu anda lakukan, klik sahaja pada ikon tersebut.

Kebalkan “Pendrive” Anda Daripada Serangan Virus

Maka secara otomatik “pendrive” tersebut akan menjalani proses pengimunisasi. Tunggu sahaja sehingga selesai.

Kebalkan “Pendrive” Anda Daripada Serangan Virus

Setelah ianya selesai, maka ikon “pendrive” akan bertukar kepada warna hijau. Dengan itu storan mudah alih anda sudah siap dilindungi, anda boleh gunakan storan tersebut pada mana-mana komputer windows tanpa perlu risau lagi.

Kebalkan “Pendrive” Anda Daripada Serangan Virus

 

Itu sahaja tips dari kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera
  • 11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026
  • Kebakaran Di Indonesia Bersamaan 18 Kali Ganda Saiz Bandar London
  • Syarikat Cip Korea Selatan Bangunkan Cip AI Rendah Haba Hingga Tidak Mencairkan Mentega
  • Skyro Kini Di Malaysia, Tawar Pinjaman Tunai Digital Sehingga RM1,000
  • 5 Perkara Menarik Yang Patut Anda Tahu Tentang Anthropic
  • (Ulasan) CMF Speaker M — Rupa Macam Kotak Susu, Bunyi Tak Mengecewakan
  • Pelajar UPM Kaji Potensi Sisa Kopi Untuk Teknologi Rawatan Kanser
©2026 WISER.MY