Kawal Penggunaan Aplikasi Anak-Anak, Instagram Kongsikan Garis Panduan Kepada Ibu Bapa

Sejak diperkenalkan pada 6 Oktober 2010, Instagram telah mencatatkan 1 bilion pengguna aktif pada Jun yang lalu. Angka tersebut dijangka bertambah dari hari ke hari.

Pengguna Instagram terdiri daripada pelbagai peringkat umur, termasuklah kanak-kanak dan remaja. Untuk membantu dalam mengawal aktiviti anak-anak ketika menggunakan aplikasi, Instagram telah berkongsi garis panduan yang boleh digunapakai ibu bapa.

Intisari garis panduan adalah berkisar kepada bagaimana pentingnya ibu bapa memahami bagaimana aplikasi berfungsi dan ciri-ciri yang boleh digunakan anak-anak supaya ia lebih terkawal.

Antara langkah yang disebut adalah Account Privacy, dimana ibu bapa disarankan menyuruh anak mereka supaya mengaktifkan ciri ini. Selain akaun menjadi Private, setiap perkongsian gambar tidak boleh dilihat pengguna yang belum disahkan sebagai pengikut.

Disamping itu, Comment Controls membolehkan anak-anak menapis komen dari pengikut serta menghalang komen dari pengikut yang tidak disukai.

Untuk garis panduan lengkap dari Instagram anda boleh pergi ke pautan ini - Garis Panduan Instagram Untuk Ibu Bapa.