Kasut Berbau? Jangan Risau, Panasonic Ada Penyelesaiannya

Kucing sering bermain di kaki anda ketika sedang melepak di kedai mamak selepas bermain futsal? Mungkin anda rasa kucing itu menyukai anda atau ingin meminta makanan anda? Atau mungkin juga kasut futsal anda berbau seperti ikan? Mungkin..

Jika anda rasa sebegitu, Panasonic ada jalan penyelesaiannya. Dengan MS-DS100, peranti berkenaan akan membawa keluar segala bauan dari kasut anda, sekiranya anda ada masa selama lima jam.

https://youtu.be/LfFNTcKouO0

( dalam bahasa Jepun )


Ia hadir dengan teknologi NanoeX yang akan meghasilkan 10 kali ganda lebih hidroksil bagi meneutralkan bau hapak dari kasut penggunanya. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu letakkannya di atas kasut anda dan sambungkan dengan sumber elektrik.

Biarkannya selama lima jam dan kasut anda akan berbau seperti baru semula. Ia akan tersedia bagi pasaran Jepun pada 20 September ini dan dijangka akan dieksport keluar beberapa bulan selepas itu.

Setakat ini, tiada sebarang maklumat berkenaan harga Panasonic MS-DS100 dapat kami perolehi.

 

Sumber