Microsoft sehingga kini masih belum menawarkan kemas kini keselamatan terbaru pada pengguna Windows 10.
Hampir seminggu yang lalu, pihak Microsoft telah menarik keluar kemas kini keselamatan KB4524244 daripada ditawarkan kepada pengguna Windows 10 versi 1909.
Ia berikutan kemas kini tersebut didapati telah menyebabkan pengguna sistem komputer Windows 10 tersebut berdepan isu sistem tergantung sepenuhnya, isu pemasangan dan isu boot ke dalam sistem Windows.
Kemas kini itu sepatutnya memperbetulkan isu kecacatan dalam sistem keselamatan Windows 10 1909 yang telah lebih dulu ditemui oleh aplikasi Kaspersky Rescue Disk pada Ogos 2019 lalu.
Kaspersky menjelaskan, “Microsoft have updated a special database of revoked UEFI signatures (UEFI Revocation List File) in February 2020. This has been done to prevent attacks against Secure Boot using doctored previous versions of Kaspersky Rescue Disk.”
Berikutan itu, Kaspersky telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada aplikasi mereka itu menjadi punca kepada masalah kemas kini tersebut.
Tetapi selepas siasatan dibuat, mereka mendapati tiada sebarang kaitan isu kemas kini KB4524244 dengan aplikasi Rescue Disk mereka.
Sejak menarik keluar kemas kini tersebut, Microsoft sehingga kini masih belum menawarkan sebarang kemas kini keselamatan terbaru kepada pengguna Windows 10 versi 1909.
Sumber: Softpedia
Berkaitan
- Rasmi, Windows 11 Akan Ditawarkan Kepada Semua Bermula 5 Oktober 2021
- Kemas Kini Terbaru Bagi Pengguna Peranti iOS Versi 9, 10 dan 12
- Kemas Kini Segera Pengguna Windows 10, Anda Dapat Ciri Perkongsian Baharu
- Infinix Hot 10s - Telefon Bajet Sedap Main Game
- Cuba Buka Sehingga 100 Tab Pada Pelayar Google Chrome Versi Telefon Pintar Dan Lihat Apa Anda Dapat...
- Kemas Kini Terbaru Pemacu Kad Grafik NVIDIA Bagi Windows Dan Linux
- Ini Adalah Senarai 10 Super Komputer Terpantas Di Dunia Ketika Ini Menurut Top500
- 10 Kemahiran Digital Paling Pesat Berkembang Di Malaysia Ketika Ini
- Microsoft Perlihatkan Menu Start Windows 10 Berwajah Baru
- MEASAT Bakal Lancarkan Satelit Baru, Akan Tingkatkan Kelajuan Internet Sehingga 100Mbps Di Kawasan Luar Bandar