Kaspersky Keluarkan OS Kalis Godam | Kaspersky OS

Syarikat sekuriti siber dan antivirus terkenal, Kaspersky, telah melancarkan sistem operasi ciptaan mereka yang dikhabarkan 'kalis-godam'. Sistem operasi yang dikenali sebagai Kaspersky OS itu dibangunkan berdasarkan seni bina mikrokernel yang membolehkan pengguna menyesuaikan sistem mengikut keperluan mereka sendiri.

05-960x600 Kapsyen: Sistem operasi Kaspersky OS dengan GUI-less (grafik antara pemuka pengguna)


Selain itu, terdapat sistem sekuriti yang dipasang siap pada OS ini. Ia akan mengawal tingkah laku aplikasi dan modul didalam sistem operasi. Jika mahu menembusi sistem sekuriti ini, pengodam perlu memecahkan digital signature terlebih dahulu.

Segalanya dibina dari kosong! Tidak ada sedikit pun 'bau' Linux didalam sistem operasi ini. "Semua sistem operasi popular sedia ada dibina tanpa memikirkan sekuriti, tetapi tidak bagi kami" ujar Eugene Kasperksy. Ketua Pegawai Executive syarikat antivirus itu.

Untuk pengetahuan semua, mesyuarat pertama berkenaan projek sistem operasi ini berlangsung 14 tahun yang lalu! Bermaksud segala proses pengekodan (coding) dan ujian telah dilakukan dalam tempoh masa yang panjang serta berulang kali. Tahun pertama merupakan tahun syarikat itu membincangkan perkara-perkara teknikal, senibina dan sebagainya. Dan secara perlahan-lahan mereka membina sebuah pasukan (pakar sistem operasi sangat sedikit ketika itu).

dsc02557-960x600-1

Syarikat itu menyedari sistem operasi memerlukan banyak aplikasi yang berbeza dari segi menyediakan pelindungan asas bagi pembangunan sistem kawalan industri dan juga menyediakan pelindungan asas bagi pembangunan peranti tertanam (embedded) termasuk IoT (Internet of Thing).

Jadi dengan terciptanya sistem operasi Kaspersky ini, ia dijangka dapat membantu dalam melindungi IoT serta lapangan lain seperti industri, pengangkutan, telekomunikasi dan sebagainya. Ia juga merupakan matlamat utama Kaspersky dalam menjaga keselamatan sistem perkomputeran dari digodam.

Sumber: Kaspersky