Kaspersky Bekerjasama Dengan Pihak INTERPOL Dalam Usaha Memerangi Jenayah Siber

Syarikat perisian keselamatan komputer dan INTERPOL menyambung kerjasama ini buat kali kedua.


Buat kali keduanya, syarikat pembangun perisian keselamatan komputer dari Rusia, Kaspersky telah menyambung kerjasama bersama pihak Pertubuhan Polis Antarabangsa (INTERPOL) dalam usaha memerangi jenayah siber.

Perjanjian pertama yang ditandatangani antara 2 pihak ini telah dibuat sebelum ini pada 2014 dahulu.

Majlis perjanjian kali kedua ini telah pun berlangsung di acara INTERPOL World 2019 yang diadakan di Singapura pada 3 Julai lalu. Ia ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Kaspersky sendiri iaitu  Eugene Kaspersky dan Tim Morris, Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Polis INTERPOL.

Perjanjian antara kedua-dua pihak ini membolehkan Kaspersky menyediakan sokongan sumber manusia
, latihan dan risikan data terbaru berkaitan ancaman dan aktiviti-aktiviti jenayah siber kepada pihak INTERPOL bagi
memantapkan lagi keupayaan organisasi tersebut dalam penyiasatan memburu penjenayah siber.

“With the rise of sophisticated threat actors, collaboration across the ecosystem and the sharing of
expertise is more crucial than ever. We are excited to continue the partnership with INTERPOL and to
empower law enforcers with the information and technology needed to combat cybercrime across the
globe,”  Eugene Kaspersky.