Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pelajar panjat pokok

Kapasiti Sistem Kabel Rakyat Malaysia Akan Dinaik Taraf Kepada 12.8Tbps

Diterbitkan September 29, 2020 oleh ariff bukhari

Dalam usaha memastikan kualiti sambungan jalur lebar nasional terus dipertingkatkan dan sekali gus merapatkan jurang digital dalam negara, TM memaklumkan bahawa kapasiti Sistem Kabel Rakyat Malaysia (SKRM) telah dinaik taraf dari 4 Terabit sesaat (Tbps) kepada 7.3Tbps.

Malah kapasiti itu akan terus dipertingkatkan sehingga mencapai kapasiti sasaran iaitu 12.8Tbps dalam tempoh tiga tahun ini.

TM menegaskan, kapasiti SKRM ini amat penting bagi menampung peningkatan pengunaan internet oleh rakyat di negeri Sabah serta menyokong matlamat pelan tindakan JENDELA yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan bersama semua rakan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi negara.

Pusat pendaratan SKRM yang terletak di Tanjung Aru yang kini dikenali sebagai Gerbang Sabah diselengara sepenuhnya oleh TM, menjadi titik sambungan jalur lebar penting antara Sabah ke dunia.

TM mengharapkan Gerbang Sabah akan memulakan era baru dalam peningkatan keupayaan digital rakyat Negeri Dibawah Bayu dan membuka peluang kepada rakyat Sabah untuk menempa kemajuan yang lebih gemilang pada masa hadapan demi memacu Digital Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY