Ikuti kami di media sosial

Berita

Kapasiti Bateri Bagi iPhone Keluaran 2018 Terdedah, Model XR Lebih Besar Berbanding XS

Amir Zakwan

Ditulis

pada

Seperti biasa, Apple tidak mengumumkan mengenai kapasiti bateri bagi ketiga-tiga model iPhone-nya yang diperkenalkan pada minggu lepas. Namun, ia telah pun didedahkan oleh laman TENAA dan dikesan oleh MacRumors baru-baru ini.

Menurut laman berkenaan, kapasiti bateri dan memori bagi setiap model iPhone keluaran 2018 adalah seperti berikut :

  • iPhone XS           – 2,658 mAh / 4GB RAM
  • iPhone XS Max  – 3,174 mAh / 3GB RAM
  • iPhone XR           – 2,942 mAh / 3GB RAM

Melihat daripada respon orang ramai di laman sosial, ramai yang mempersoalkan kapasiti bateri iPhone XR yang lebih besar berbanding iPhone XS. Ini kerana XR mempunyai resolusi skrin yang lebih sedikit menggunakan kuasa berbanding XS.

Kredit : Apple

-- Iklan --

Apple juga telah melakukan ujian terhadap penggunaan tenaga bateri bagi kesemua model berkenaan. Hasilnya, temoph penggunaan iPhone XR juga telah mengatasi iPhone XS Max walaupun mempunyai kapasiti bateri yang lebih kecil.

Dari segi RAM pula, walaupun kebanyakan peranti Android mengatasi jumlah memori yang dimiliki oleh peranti Apple selama ini, pengurusan RAM yang baik oleh iOS seringkali memadamkan kelemahan tersebut.

 

Sumber

 

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular