Kandungan Pembelajaran Premium Zapzapmath Boleh Didapati Secara Percuma Untuk Semua Guru

Jika anda seorang guru sekolah mungkin anda sedikit terkesan dengan wabak  Covid-19 untuk mencari kandungan pembelajaran untuk mengajar murid-murid. Sehubungan dengan itu, Zapzapmath School iaitu aplikasi e-pembelajran berasaskan permainan telah ditawarkan sebagai alternatif pengguna untuk mengajar murid-murid.



Aplikasi ini dibangunkan khas untuk kanak-kanak 6-12 tahun. Sebelum ini ia merupakan aplikasi premium yang berbayar. Jadi dengan penutupan sekolah dan limitasi sumber untuk guru mencari kandungan pembelajaran, ia telah ditawarkan secara percuma.

Dengannya pengguna boleh mengakses kesemua fungsi premium seperti 180 permainan termasuklah teka-teki dan matematik interaktif di dalamnya. Selain permainan, terdapat juga fungsi laporan analisis guru-guru untuk memantau kemajuan murid-murid secara individu atau berkumpulan. Guru juga boleh menggunakan papan pemuka untuk memantau kelas yang banyak pada satu-satu masa.

Tambahan lain, aplikasi ini juga mengandungi algoritma khas yang boleh mengubah tahap kesukaran permainan yang mengikut kepada kemajuan murid. Tersedia dalam 5 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin, Sepanyol, dan Russia, ia boleh didapati melalui tablet dan juga telefon pintar.



Untuk yang berminat, anda boleh ke laman rasmi Zapzapmath untuk mendaftar dan sejurus selepas itu, kandungan premium percuma tersedia terus untuk anda menggunakannya. Segala kandungan adalah percuma untuk digunakan sehingga akhir Julai 2020 ini.

Info Lanjut: Zapzapmath

Berkaitan