Kandungan iFlix VIP Percuma Selama Sebulan, Tebus Dari Tempoh 19-31 Mac Ini

Pihak iFlix hari ini nampaknya turut sama-sama membuat penawaran sempena perintah kawalan pergerakan di Malaysia. Kini semua pengguna iFlix boleh mengakses kandungan VIP secara percuma selama sebulan.

Image may contain: text

Apa yang perlu dilakukan adalah hanya gunakan kod "tonton_iflix" di bahagian 'redeem voucher' dan anda sudah boleh gunakan iFlix VIP secara percuma.

Tempoh penggunaan iFlix VIP adalah selama sebulan, namun untuk durasi penebusan, ia hanya boleh dilakukan dari 19 Mac sehingga 31 Mac ini. Sesuai sangatlah kalau sudah buntu dengan kandungan seperti dalam Astro ataupun Netflix.

Sumber: iFlix

Berkaitan