Kanak-Kanak Lapan Tahun Raih Bayaran Tertinggi, US$26 Juta Dengan Youtube

Platform perkongsian video YouTube cukup popular dalam kalangan pengguna mudah alih masa kini. Menyajikan pelbagai video menarik untuk setiap lapisan umur, ia juga turut merupakan "periuk nasi" bagi sebahagian penggunanya.

Baru-baru ini Forbes telah mendedahkan senarai 10 selebriti terkaya di Youtube pada tahun 2019. Ryan Kaji, kanak-kanak berusia 8 tahun telah mengungguli tempat pertama sebagai Youtuber terkaya. Ryan cukup popular lebih-lebih lagi dalam kalangan pengguna cilik kerana menampilkan ulasan setiap permainan. Ini merupakan tahun kedua Ryan mengetuai senarai YouTuber berpendapatan paling tinggi, setelah tahun lalu beliau juga menduduki kedudukan yang sama.



Ryan Kaji atau nama sebenarnya Ryan Guan, berjaya menjana pendapatan sebanyak $26 Juta (~ RM 107 Juta) pada tahun ini. Nilai tersebut adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan PewDiePie yang merupakan Yotuber paling tinggi subscribers.

Berikut adalah senarai penuh 10 selebriti Youtubers terkaya di dunia :

1.Ryan ToysReview - $26 Juta (~RM 107.7 Juta)


2.Dude Perfect - $20 Juta (~RM 82.8 Juta)


3.Anastasia Radzinskaya - $18 Juta (~RM 74.5 Juta)


4.Rhett and Link - $17.5 Juta (~RM 72.5 Juta)

5.Jeffree Star - $17 Juta (~RM 70.4 Juta)


6.Preston - $14 Juta (~RM 58 Juta)


7.PewDiePie - $13 Juta (~RM 53.8 Juta)


7.Markiplier - $13 Juta (~RM 53.8 Juta)


9.DanTDM - $12 Juta (~RM 49.7 Juta)


10.VanossGaming - $11.5 Juta (~RM 47.6 Juta)

Sumber : Forbes

 

 

 

Berkaitan