Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Tahap Kereta Pemanduan Automatik Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Kampus Universiti Jadi Platfom Merancakkan Pembangunan Dan Pengeluaran Teknologi Kenderaan Elektrik Tempatan

Diterbitkan Julai 1, 2022 ยท Dikemas kini Julai 1, 2022 oleh ariff bukhari

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan program Campus for Local Electric Vehicle Expeditious Roll-out (CLEVER) yang bertujuan bagi merancakkan penggunaan teknologi kenderaan elektrik (EV) di kawasan kampus universiti terpilih.

Inisiatif yang diterajui oleh agensi di bawah MOSTI iaitu NanoMalaysia Berhad (NMB) ini akan dimulakan di EduCity Iskandar.

Kemudian akan diikuti oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

MOSTI menyatakan, program ini bertindak sebagai platform pengawalseliaan dan inovasi untuk membolehkan syarikat pemula dan inovator menjalankan eksperimen secara langsung dalam persekitaran terkawal.

Program ini sekaligus akan mempercepatkan pembangunan dan pengeluaran teknologi kenderaan elektrik tempatan.

Kategori EV pula akan meliputi mobiliti elektrik dua roda, stesen penukaran bateri, pembangunan penukaran kenderaan Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) kepada EV, penggunaan sistem autonomi dan pengecasan luar grid menggunakan tenaga boleh diperbaharui yang dilaksanakan di kawasan kampus.

Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 merancang untuk menyediakan kira-kira 5,000 buah stesen pengecasan EV bagi mengukuhkan infrastruktur EV yang diharap akan menggalakkan rakyat untuk memiliki dan menggunakan EV sebagai pengangkutan pilihan.

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY