Kampus Ibu Pejabat Facebook Inc. Di Menlo Park Terima Ancaman Bom

Tahun 2018 nampaknya menjadi semakin buruk kepada Facebook. Setelah dihimpit pelbagai masalah berkaitan perniagaan, kini mereka diancam dari segi keselamatan pula.

Baru-baru ini, kampus ibu pejabatnya di Menlo Park, California, AS telah menerima satu ancaman bom. Berikutan itu, beberapa buah bangunan di sana telah pun dikosongkan dengan kadar yang segera.

https://youtu.be/bHnpjruJF6g

Kredit: Video Break


Ancaman itu dikatakan melibatkan kawasan sekitar pejabat utama Facebook dan Instagram. Namun, selepas pihak polis mengadakan siasatan, tiada sebarang bungkusan atau peranti mencurigakan ditemui.

Bagaimanapun, pihak polis masih mengambil langkah berjaga-jaga dengan menetapkan kawasan terlibat sebagai kawasan larangan buat sementara waktu.

Tiada perkembangan terbaru mengenai perkara ini yang berjaya diperolehi ketika artikel ini ditulis.

 

Sumber: The VergeĀ