Kamera Yang Memenangi Pertandingan Foto Paling Berprestij Dunia

Pertandingan photojournalism paling berprestij di dunia iaitu World Press Photo telah pun mengumumkan pemenang untuk tahun 2017. Jika dilihat daripada data yang tertiris di bawah, kita dapat saksikan kamera mana yang sering menjadi taruhan untuk juru foto yang pernah memenangi pertandingan tersebut.

Sebuah laman fotografi dari Sepanyol, Fotolari mengumpul data-data pemenang pertandingan foto dunia tersebut dan menghasilkan data dalam bentuk jenama kamera yang digunakan.

Untitled

Dengan jelas kita dapat perhatikan Canon mendominasi carta sebagai kamera yang sering digunakan untuk winning shot pertandingan ini. Canon 5D Mark III berada di kedudukan teratas dengan memenangi pertandingan sebanyak 9 kali.

Walaupun Canon 5D Mark III merupakan predecessor Canon 5D Mark IV bersama dengan kebangkitan Canon 5DS/5DS R, Canon 5D Mark III masih berupaya untuk memegang takhta sebagai kamera paling banyak digunakan oleh juru foto. Yang menariknya, Canon 5D Mark III telah memenangi pertandingan tersebut selama beberapa tahun berturut-turut.

Pecahan jenama kamera menunjukkan bahawa Canon dan Nikon dilihat dominan dengan Canon 55.5% dan Nikon 30.55%, tetapi Fujifilm dilihat semakin menunjukan taring. Jika ada yang tertanya-tanya atau sering berdebat tentang "Canon vs Nikon", mungkin ini adalah jawapannya.

Untitled

Dari segi sistem kamera yang digunakan, kamera DSLR memonopoli dengan 88.8% pemenang manakala kamera mirrorless hanya pada 5.55%. Tetapi ini tidak bermakna DSLR lebih bagus daripada kamera mirrorless. Ianya bergantung kepada keupayaan juru foto itu sendiri untuk menghasilkan award winning shot.

Sumber