Kamera Ultra Sudut Lebar Xiaomi Mi 9 Antara Yang Terendah Dalam Skor Terbaru Dxomark

Baru-baru ini, Dxomark telah membuat penambahan dalam ujian kamera bagi telefon pintar dengan menambah dua kategori baharu iaitu kategori Night Mode dan juga kategori Ultra Sudut Lebar.

Boleh dikatakan kesemua peranti yang diuji Dxomark mendapat penambahan skor berbanding sebelumnya. Antara yang menjadi tumpuan apabila pohak Dxomark sendiri telah memuatnaik satu posting terbaru di laman utama Facebook Dxomark bahawa Xiaomi Mi 9 mendapat skor yang antara paling rendah dalam skor kamera ultra sudut lebar.



Menurut Dxomark, markah kesuluruhan bagi kamera Xiaomi Mi 9 meningkat dari 107 ke 110 menjadikan peranti ini berada di kedudukan 5 teratas. Namun, peranti ini mempunyai sedikit kekurangan terutamanya dari segi kamera ultra sudut lebar di mana imej yang dihasilkan oleh peranti ini kurang jelas jika dibandingkan dengan peranti yang lain. Dengan menggunakkan kamera ultra sudut lebar 16mm, imej yang dihasilkan tidak terlalu lebar seperti Samsung Galaxy Note 10 Plus 5G yang menggunakkan kamera ultra sudut lebar 12mm.


Kamera Ultra Sudut Lebar Xiaomi Mi 9 (16mm)



Kamera Ultra Sudut Lebar Samsung Galaxy Note 10 Plus 5G (12mm)


Antara perkara lain yang membuatkan Xiaomi Mi 9 mendapat markah rendah dalam kategori ini kerana imej yang dihasilkan oleh kamera ultra sudut lebarnya terlalu soft dan tidak sejelas dan setajam imej yang dihasilkan oleh Note 10 Plus 5G. Imej yang dihasilkan juga tidak mempunyai dynamic range yang tinggi dan seterusnya akan menghasilkan imej yang kurang berkualiti. Antara perkara terakhir yang disebut oleh Dxomark ialah terdapat sedikit distortion pada imej yang dihasilkan oleh kamera ultra sudut lebar peranti ini menjadikan garisan yang berada pada imej menjadi kuranf tepat.

 



Namun begitu, walaupun Xiaomi Mi 9 hanya mendapat skor sebanyak 30 dalam kategori ultra sudut lebar, ia tidak menjejaskan kedudukannya berada di kedudukan 5 teratas dalam ranking Dxomark. Mungkin markah bagi kategori ini bakal diperbaiki oleh peranti terbaru dari Xiaomi iaitu Xiaomi Mi 9 Pro tidak lama lagi.

Sumber: Dxomark