Ikuti kami di media sosial

Berita

Kamera Telefon Pintar Telah Menelan Populariti Kamera Digital

ariff bukhari

Ditulis

pada

Jualan kamera digital telah merudum dengan teruk sejak tahun 2010.

Sejak bermula terhasilnya telefon pintar komersil pertama di dunia, Kyocera VP-210 yang dihasilkan Jepun, kamera pada telefon pintar terus berevolusi dengan pesatnya.

Malah evolusi kamera telefon masih terus berlaku sehingga ke hari ini. Pada setiap tahun, pengeluar telefon pintar bersaing menyatakan bahawa telefon pintar keluaran mereka sebagai telefon pintar yang memiliki kamera terbaik kepada para pelanggan mereka.

Kini, telefon pintar dari pelbagai jenama pastinya memiliki kamera terbina dalam yang digunakan oleh berbilion pengguna diseluruh dunia. Sudah tentunya pengguna mahukan peranti yang mudah untuk mereka melakukan pelbagai tugasan hanya menerusi sebuah peranti sahaja.

Oleh kerana itulah menurut Statista, ia merupkan faktor utama kepada punca kejatuhan jualan kamera digital dis eluruh dunia. Berdasarkan data dari Statista, jualan kamera digital diseluruh dunia telah merudum sebanyak 84% sejak tahun 2010.

Sumber: Statista

Merujuk kepada carta bar di atas, Camera & Imaging Product Association (CIPA) yang memiliki ahli seramai 13 ahli daripada pelbagai syarikat pengeluar kamera utama dunia telah berjaya memasarkan sehingga lebih daripada 120 juta kamera bagi sepanjang tahun 2010.

Menurut statistik Statista, jumlah tersebut  merupakan yang tertinggi sejak tahun 1951.

Walaubagaimanapun selepas daripada tahun 2010, jumlah kamera digital yang dipasarkan mereka telah merudum dari tahun ke tahun. Setakat data yang diperolehi bagi sepanjang tahun 2018, hanya sebanyak 19.4 juta sahaja kamera digital berjaya dipasarkan 19.4 juta.

Malah trend penurunan ini dilihat akan terus berlaku bagi sepanjang tahun 2019 juga.

Pasaran kamera digital sejak tahun 2017 hingga 2019 (setakat bulan April 2019) dilihat terus menurun. Kredit : CIPA

Penurunan pasaran kamera digital ini bukan hanya terkesan pada kategori kamera digital pengguna awam sahaja, sebaliknya pasaran kamera digital profesional turut juga turut terkesan daripada populariti penggunaan kamera telefon pintar.

Mana tidaknya, kamera telfon pintar kini memiliki pelbagai ciri-ciri menarik yang memudahkan pengguna mengambil gambar mahupun video dengan pantas pada kualiti yang mengkagumkan.

Sebagai contoh, ciri-ciri kamera dengan teknologi moden yang diperkenalkan oleh pengeluar telefon pintar seperti Smart HDR, Neural Engine, ciri gambar malam (Night Sight),  sokongan teknologi realiti diperkukuhkan (A.R) dan banyak lagi merupakan antara daya penarik terhadap pengguna yang menyebabkan mereka beralih kepada penggunaan kamera telefon pintar.

Telefon pintar moden kini bukan sahaja memiliki satu atau dua kamera utama sahaja, malah ada yang memiliki lebih daripada 3 kamera yang menyokong pelbagai ciri menarik bagi membolehkan pengguna merakam gambar pada kualiti terbaik.

Selain itu, harga telefon pintar yang berpatutan tetapi dilengkapi dengan kamera yang mampu mengambil gambar menarik serta menyokong ciri-ciri moden seperti yang dinyatakan tadi sudah cukup bagi kebanyakkan pengguna.

Tidak setakat itu sahaja, kemunculan laman-laman sosial bergambar seperti Instagram, Snapchat, Facebook, Twitter dan lain-lain juga turut mempengaruhi pengguna untuk menggunakan telefon pintar berbanding kamera digital yang membolehkan mereka mereka dengan cepat memuat naik foto-foto yang diambil menerusi aplikasi ke laman -laman sosial yang dimiliki mereka.

Data setakat 2017: Kredit: Statista

Sungguhpun begitu, bagi pengguna profesional yang terdiri daripada jurugambar dan juru video profesional, mereka pastinya masih mengharapkan peralatan kamera digital bagi merakam imej-imej yang berkualiti yang jauh lebih memuaskan hati mereka.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa kualiti foto yang diambil menerusi kamera telefon pintar kini hampir menyamai kualiti kamera digital, tetapi itulah yang membezakan antara seorang profesional dengan pengguna biasa.

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular