Kamera Samsung Galaxy A90 Mungkin Bukan Sahaja Boleh Disembunyikan Tetapi Juga Berputar

Penawaran Samsung bagi siri A tahun ini, dilihat mendapat tumpuan ramai kerana berjaya menghadirkan peranti dengan spesifikasi baik, pada harga yang boleh dikatakan berbaloi.

Sebuah lagi peranti yang disebut-sebut bakal membuat kemunculan adalah Galaxy A90. Menurut laman Weibo, Galaxy A90 diramal tampil dengan skrin 6.7 inci FHD+, bateri 3700mAh bersama pengecasan pantas 25W, sistem tiga kamera belakang menggabungkan sensor 48MP, 8MP dan ToF.

Kapsyen: Imej Render dari Waqar Khan


Menariknya tentang khabar angin peranti ini, kamera tersebut boleh disembunyikan dan juga berputar untuk digunakan bagi rakaman depan dan belakang. Ia ibarat gabungan mekanisme kamera OPPO Find X dan OPPO N1.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=59&v=SJuCcewDUOo

Walaubagaimanapun, ia masih belum rasmi lagi dan sama-sama kita tunggu tarikh pelancarannya yang dijangka dibuat pada 10 April ini.

Sumber: Weibo dan GSMArena