iPhone 11 Pro Max jatuh ke tangga 12.
Pihak DXOMark telah mengeluarkan keputusan prestasi bagi telefon pintar flagship Android terbaru dari OnePlus iaitu OnePlus 8 Pro.
Hasil dari ujian mereka, DXOMark memberikan skor pada kamera OnePlus 8 Pro sebanyak 119 markah.
Ia sekaligus meletakkan kedudukan prestasi kamera peranti itu di tangga ke-10 ketika ini yang turut mengatasi prestasi kamera telefon pintar Samsung Galaxy S20+ dan Apple iPhone 11 Pro Max.
DXOMark menyimpulkan kamera OnePlus 8 Pro adalah baik dari segi perincian imej, pantas dan memberikan warna yang tepat.
"...the primary camera is particularly good, thanks to excellent exposure and color, high detail, and well-controlled noise." DXOMark.
Keputusan baru ini juga sekaligus meletakkan GalaxyS20 dan iPhone 11 Pro Max masing-masing jatuh satu anak tangga dari kedudukan sebelum ini.
OnePlus 8 Pro sudah mula berada di pasaran Malaysia sejak bulan April lalu menerusi 2 varian iaitu 8GB/128GB yang berharga RM3,699. Manakala varian 12GB/256GB pula dijual pada harga RM 4,099.
Berkaitan
- Facebook Meluaskan 'Data Abuse Bounty Program' Ke Instagram
- Ikuti 8 Langkah Ini Jika Anda Terima Panggilan Atau SMS Dari "Pegawai Kerajaan"
- Intel Menamatkan Kerjasama Pembangunan Cip Pemprosesan Bersama AMD
- OPPO A9 2020 Menjanjikan Kamera Quad 48MP
- MacBook Pro OLED Dengan Ciri Skrin Sentuh Dijangka Tiba 2027
- Pemilik PROTON Bakal Nikmati Pengalaman Spotify Secara Percuma Dan Premium Semasa Memandu
- Pengeluar Utama Cip Pemprosesan Dilaporkan Turut Memutuskan Hubungan Dengan Huawei
- Redmi K50 Dan Redmi K50 Pro Rasmi Dilancarkan, Dikuasakan Dimensity 9000
- Bermula September Ini Pelan Streamyx Berkelajuan 8Mbps Hanya Berharga RM69/bulan
- IBM Dilapor Rancang Gantikan 7,800 Pekerjaan Dengan AI